salam ..
hye sume yg walking2 kat blog ANDRA ni ,,
sile lah tinggalkan jejak ,,
okey??
k ,, luv u..
;-)

30 August 2011

Bab 5 , maaf

salam ,,
        selamat hari raya bloggers.. first of all andra nk mintak maaf sebab x dpt nk post kan en3 bru. tp andra tahu yg kamu semua pun x da mse nk skod blog an?? en3 bru mang x ciap lgi. n dlm minggu ni munkin x de en3 bru ye .. sori guyz .. esok mayb andra nk pergi jln2 nan fmily, so mmg x da mse nk type .. maaf ye ..

       pagi2 raya tadi kitorg stu fmily pergi sembahyang raya di masjid, then balik rumah kemas rumah sbb semlm dh penat masak. belum sempat mama andra kemas rumah n isi kuih dlm bekas dh ad bdk2 dtg raye . so dyorg kene lha tunggu sampai sume tu siap ,, kecian dyorg ,,

      di sebbkan esk kitorg nk pergi jln2.. so sume adk beradik pmily nenek sy dh dtg rumh td .. pnt lyan dyorg. tp x pe best.. then fmily adik ipar mama pulak sampai. dyorg best sgt sbb kc sy duit rye byk even sy dah nk abis skola pun .. hehehhehe . sbb kt rumh ni x de bdk kecik.. hehe . >> jgn mare ye<<

      then td .. bile dah penat.. ad bdk nk rye lg .. klaka tgok dyorg nk balik.. mlu2 jew nk ckp nan tuan rumah yg dyorg nk balik. hehehehe.. ye lha bdk2 kan?? haruslah mu .. >>eleh ko andra, dulumse ko kecik pun bile rye rumh org mlu2 jgk ko nk blik << hehehehe ..

     hope u alz pun dpt moment yg best la ye raye ni ..

kkk bye ,,,,

-DIANDRA-

27 August 2011

permintaan hati

heeeee.. asik novel jew. apew kate ari ni read. curahan hati saya pulak ..

Kenapa aku begitu mengharapkan kamu?
Walau aku tahu apa penghujung drama ini
Kenapa aku tetap berkeras hati?
Walau aku tahu hatiku akan sakit juga

Mulutku melepaskan kau pergi
Namun hatiku tidak melepaskan kau
Aku kesian dengan hatiku yang kau permainkan ini
Aku bukannya bodoh untuk kau permainkan

Tetaplah berdiri disampingnya
Walau kau melihat aku jatuh ke dalam api sekalipun
Aku tak sanggup melihat kau
Melukakan hatinya sepertiku

Aku rasa dia amat sesuai untuk kau
Jangan kau sia-siakannya
Jangan kau sakiti hatinya
Pesanku jagalah dia

Namun jika takdir memang untuk kita
Aku tetap menunggumu disini
Namun aku tidak akan menganggu kamu semua
Jangan risau hatiku masih kuat untuk dugaan ini


Jangan sekalipun kau pernah toleh semula
Mengingatkan kisah kita
Yang dulunya amat aku sukai
Namun kini amat aku benci

Sayangku, pesanan akhirku buatmu
Janganlah kau menyakiti hati seorang wanita
Termasuklah mama yang kau sayangi
Ingatlah itu, wahai sayangku.



p/s :
*comment ye .
*hapy reading .
*bye
*-diandra-

25 August 2011

Bab 4


“lisa, jalan slow sikit sayang. Dah la sekarang Lisa ni dah berkaki tige. Hahaha.” Firdaus mengusik Lisa.
“amboi, Fir! Mentang-mentanglah Lisa dah jadi cam ni. Suka-suki je nak gelakkan orang.” Lisa mencubit  lengan Firdaus.
“ adooi , sakitlah yunk. Tangan tu kalau tak jadi sang ketam yang comel boleh tak?”

“ tak boleh. Eh jap, kenapa mesti sang ketam yang comel?” tanya Lisa.

“sabab Lisa ni comel la. Dah lisa masuk dulu dalam dewan kuliah ye. Hati-hati tau, kaki tu sakit ingat tu.”

“ okey Fir.”
“Lisa nak Fir hantar sampai dalam tak?’ tanya Firdaus.
“ha?” Lisa buat muka Blurrrrrrrr.

“ala lambat la Lisa ni jawab. Dah jom la Fir hantar sampai dalam.”

Firdaus memimpin Lisa ke dalam dewan kuliah. Ketika mereka masuk ke pintu utama dewan kuliah itu, semua mata memerhatikan mereka. Muka Lisa sudah kemerahan kerana malu. *Dah macam udang kene bako plus org yg bako tu ltk dapur bawah sunlight* teeehheeee . Firdaus memimpin Lisa dengan berhati-hati ke tempat duduk yang kosong bersebelahan dengan Nad. Misha yang melihat drama sebabak itu dari jauh, merasa sungguh terpukul kerana itulah lelaki yang dilihat bersama Lisa semalam.

Di dalam hati Misha tertanya-tanya siapakah lelaki ini. Oleh itu, di dalam kepalanya sekarang telah muncul beberapa rancangan jahat untuk dikenakan kepada Lisa dan lelaki itu.

“ Nad, nanti kau tolong tengok-tenagokkan si Lisa ni ye. Kesian pulak aku tengok kaki dia ni.” Firdaus meminta pertolongan Nad untuk menjaga isteri kesayangannya itu.
“okey boss.” Nad menjawab sambil tabik kepada Firdaus.

“Lisa, Fir balik dulu ye. Kalau ada apa-apa Lisa call Fir tau. Nanti balik Fir ambil. Bye.”

“okey Fir.” Lisa menyalami tangan Firdaus seperti biasa.

++++++++++++++
       Selepas kelas Lisa dan Nad tamat, mereka menuggu kedatangan Firdaus di cafe.

“weyh Lisa, kaki kau kenapa ha? tak kan Fir ganas sangat sampai kau jatuh katil kot?” Nad ketawa dengan kuatnya.
“woi mak cik, ape jenis soalan yang kau tanye kat aku ni ha?? . Sengal la kau. Aku jatuh dalam bilik air la mase nak tukar baju lepas solat pagi tadi.”

“owh, ingat kan cik abang kite tuh ganas sangat.” Sekali lagi Nad mengujarkan kata-kata yang membuatkan Lisa malu. Terus  Lisa mencubit Nad.
“wey Lisa, sakit lah giler. Kau ni memang ketam betul lah. Kesian Fir mesti hari-hari kene cubit dengan tangan ketam kau ni.” Nad menggosok-gosok tangannya selepas di cubit oleh Lisa. Lisa hanya tersenyum.

“hoi. Ape ni? Dari jauh aku dengar ada orang sebut-sebut nama aku nih. Tersedak aku tahuuu?.” Tiba-tiba Firdaus muncul dari belakang Nad.
“woi , pakcik kau ni dah tak reti nak bagi salam ke ha? Main sergah-sergah cam ni. Kalau aku ada sakit jantung dah pergi dah aku tadi.”

“ala sori la poit. Aku gurau-gurau je. Tak kan terase kot? Relex la gurl.”

“apew sori-sori? Kau ingat sekarang dah raya kew?”
"hampir la jugak nak raye. Dalam 3 bulan lagi. Saje nak mintak sori awal-awal. Nanti takut mase raye, dosa aku kat kau dah bertambah-tambah. Hahahah.” Firdaus mengenakan Nad.

“ada yang nak kene nih. Kang sorang kaki tempang, lagi sorang patah tangan. Barulah dikatakan sehati sejiwa.”
“wey Nad apsal pulak nama aku terlibat dalam pergaduhan korang?” Lisa menyampuk tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri karana ingin melihat gangster kampung yang nampak ayu berkelahi dengan mamat pengecut yang hensome.

“ala relex la mak cik. Saje je nak mention name kau.”
“hahaha. Lis jom la balik. Dah nak petang dah ni.” Firdaus bersuara.

“jom lah. Kaki Lisa pon dah kebas dah ni. Nad kitorang balik dulu ye. Kau nak balik bilik tu hati-hati tau.”
“okey Lisa. Bye.”

+++++++++++++++

 “ eh Fir kita nak kemana ni? Lis rase ni bukan jalan nak ke rumah kite. Ni jalan nak pergi  lebuhraya kan?” Lisa bertanya kepada Firdaus katika dia perasan jalan yang digunakan untuk ke rumahnya lain.
“ala relex la sayang, x kan nk balik kot. Lisa kan dah stat cuti, jom la kite pergi holiday.”

“ala, x nk la Fir. Lisa susah nk jalan lha , dengan kaki macam ni.”

“apo yang susahnyo sayang oi, apo guno eh Lisa ada laki kuek macam Fir ni.” Firdaus mengajuk loghat orang negeri sembilan bercakap.
“ni sejak bile pulak Fir pandai cakap nogori ni?”

“sejak .. sejak .. sejak .. sejak ..”
“fir jangan nak main-main sangat boleh tak?” seperti biasa tangan Lisa sudah mencubit lengan Fir.

“aduh , hish ada yang nak kene ni. Tak  abis-abis nak cubit tangan Fir ni. Nampak tak dah ada banyak lebam-lebam kat tangan Fir? Nanti Fir adu kat teledera cakap yang Lisa dera Fir baru tau.”
"ala, tak  takut lah. Nanti Lisa cakap la yang kaki Lisa jadi cm ni Fir yang buat.” Lisa menjuihkan lidahnya kepada Fir.

“ow da pandai nk balas dendem ye? Tak  pew kaki lisa tu dokter kate esok pon da boley bukak balutan tu bukan  sirius sangat pon. So luse la baru Fir report. Hahahahaha.” Besar sungguh tawa Firdaus ketika itu.
“eleh, malas la nak layan Fir. Lisa tidur dulu ye? Penat la. Nanti da sampai kejut tau?”

“ye yunk, nanti Fir kejut.” Firdaus meletakkan tanganye di atas kepala Lisa dan menggosoknya.
“thanks.” Lisa terus membenamkan hidungnya di pipi Firdaus seperti biasa.

“ni yang buat hilang ngantuk ni yunk. Ish sakitlah.” Firdaus terkene lagi renjatan elektrik dari tangan Lisa.
“sape suruh gatal sangat. So padan la muke.”

 ++++++++++++++

         Setibanya mereka di kawasan rehat dan rawat seremban Fir memberhentikan keretanya di parkir yang berhampiran. Lantas dia menoleh ke sisi untuk melihat  keadaan Lisa. Nyeyak betul lenanya , tapi kesian kedudukan Lisa agak sedikit tidak selesa kerana tidur dalam kereta kan?  Sebenarnya dia tidak sampai hati ingin mengejutkan Lisa tetapi kerana memikirkan yang Lisa masih belum menikmati makan tengah hari kerana pada paginya dia telah berjanji untuk membawa Lisa makan tengah hari. Sebenarnya perut dia juga lapar. Teeheeeee  =)

Firdaus membuka pintunya dengan perlahan kerana tidak mahu membangunkan Lisa lagi. Setelah turun dari kerata , dia mebuka pintu Lisa dengan perlahan. Dia mengamati wajah polos milik gadis itu. Comel, terdetik di hati firdaus. Setelah puas mengamati wajah Lisa, dia mencium dahi Lisa. Tubuh  Lisa bergerak sedikit.

“lisa, bangun sayang. Kita pergi makan dulu ye? Lisaaa bangun.” Firdaus mengejut Lisa dengan lemah lembut kerana tidak mahu isterinya itu terkejut.
“emm,,errr.” Itu sahaja yang didengar keluar daripada mulut Lisa.

“my dearest princess wake up darling.” Firdaus menggoncangkan sedikit tubuh Lisa.
“ermmm , kita kat mana ni?” tanya Lisa sambil membuka matanya.

“kita kat RnR, kita makan dulu then kita solat asar. Lepas tu baru kita gerak ye Lisa?” Lisa hanya mengangguk kerana dia masih mamai kerana baru terjaga dari tidurnya.
“okey, lets get up from here. Come dear.” Firdaus menghulurkan tanganya kepada Lisa. Lisa menyambut tangan itu dan hanya mengikuti langkah Firdaus.

           Firdaus memeluk erat pinggang Lisa kerana dia tahu pada ketika itu Lisa masih belum dalam keadaan sedar sepenuhnya. Tambahan pula , kakinya yang sakit itu sudah pasti isterinya itu tidak dapat mmengimbangkan badanya. Firdaus memimpin Lisa ke tandas .
“lisa, masuk dalam ye? Lisa basuh muka tau.” Surh firdaus.

“okey.”
“hati-hati sayang.”

               Lima minit kemudian Lisa keluar dari tandas dengan muka yang ceria, tidak seperti tadi. Ketika lisa keluar dari tandas, dia terpandang kelibat firdaus lantas dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada firdaus.

“that my little girl. Baru lah cantik.”
“ow, tadi tak cantik la ye?”

“eh bukan tadi tak cantik, tapi tadi comel.”

“ada-ada je la fir ni.”

“heeeee, dah jom la kite pergi makan.”

                 Ketika tiba di food court Firdaus dan Lisa memilih makanan yang ingin dimakan. Tetapi tiba-tiba Lisa rasa seperti hilang selera. Dia menyatakan kepada Firdaus yang dia tidah mahu makan. Firdaus tidak membenarkan Lisa begitu kerana dia tahu Lisa masih belum makan. Lantas dia menyuruh Lisa memilih tempat duduk, biar dia sahaja yang memilih makanan.

                 Firdaus datang dengan menatang sebuah dulang yang mengandungi segelas air horlick ais dan air suam. Di situ juga terdapat sebuah pinggan yang mengandungi nasi dan lauk.

“lisa, lisa makan dengan Fir ye? Fir suap.” Lisa menggelengkan kepalanya, sambil menghirup air horlick tersebut.
“lisa, jangan degil boleh tak? Fir suap ye? Klu tak Fir kiss Lisa kat sini. Baik Lisa fikir baik-baik.” Firdaus mengugut, kerana dia tahu Lisa tidak suka dikucup di tempat awam sebegini.

“okey-okey. Lisa makan. Tapi tak nak banyak tau. Kenyang tahuu.”
“ye, nah buka mulut tu.” Firdaus menyuakan tangannya yang berisi nasi ke mulut Lisa. Lisa menyabut suapan itu. Firdaus menyuap Lisa sehingga nasi di pingan itu habis. Dia turut makan bersama.

              Setelah merahatkan diri sebentar di dalam kereta selepas solat sebentar tadi , mereka meneruskan perjalan yang semakin hampir ke destinasi. Sepanjang perjalanan dari RnR tadi Lisa tidak menyambung tidurnya , tetapi menemani Firdaus berbual sambil memandu.

+++++++++++++

              Ketika mereka tiba di kawasan pantai , firdaus memarkirkan keretanya dan memberi isyarat kepada lisa untuk tidak turun dahulu. Firdaus membukakan pintu untuk Lisa. Lisa terus keluar dan menyedut udara yang segar . tempat duduk Lisa diambil oleh Firdaus sambil kakinya terletak diluar. PORT DICKSON, ialah destinasi mereka kali ini. Sememangnya Lisa amat menyukai pantai. Kerana baginya ia merupakan satu ketenangan. Ketika merasa tidak selesa apabila berdiri terlalu lama , dia menoleh ke belakang untuk kembali ke tempat asalnya.

“ala Fir ambik tempat Lisa abis tu Lisa nk duduk mne?”
“ala banyak cite lah mak cik ni. Meh duduk kt sini.” Firdaus menepuk nepuk pahanya

“boleh ke fir?”
“apa  pulak yg tak bolehye?”

“lisa berat tau.”
“eleh setakat Lisa tu apalah sangat.” Lisa berjalan terhincut-hincut ke arah Firdaus lalu duduk di ribanya. Tangan  Firdaus memeluk pinggang Lisa erat dan meletakkan dagunya di bahu Lisa.

            Petang itu mereka menikmati matahari terbenam bersama-sama dengan penuh romantis sehinggakan Lisa malu dengan orang sekeliling.

“Lis, Fir nak mintak tolong sikit boleh tak?”
“boleh, boleh blah. Hee”

“hey , orang cakap betul-betul dia main-main. Kiss kat sini karang baru tahu.”
"okey-okey , tolong ape Encik Mohd Firdaus?”

“panggil Fir ABANG.”
“ha? Abang? tak nk lah. Okey ape panggil cam ni. Lisa dah banyak abang lah. Tu kat rumah ibu tu.”

“ala , tak romantik la sayang. Fir nak manje-manje dengan Lisa. Ini abang lain lah. Ini ABANG SAYANG tahuuu?”
“huh, gatal kan?nak manje-manje konon Tadi die yang suruh panggil abang tapi die balik yang gune panggilan lame. Ape pon tak boley.”

“oppss sori lupe lah sayang.”
“huh, apew sayang-sayang?? Saya tak sayang awak lah. Tak malu sayang-sayang orang.” Lisa mencebir kepada

“apew Lisa? tak dengar lah.”

lisa cakap , tak malu ke nak sayang-sayang  orang?? Lisa tak sayang awak lah.”

“ada yang nak kene ni.” Firdaus terus mancempung Lisa lalu di bawa ke gigi air. Lisa terkejut akan perlakuan Firdaus itu. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun apalah sangat kan kudrat si Lisa tu nk lawan kekuatan Si Firdaus . abang gagah kite tuh ,, hahahaa

“baik Lisa ngaku , sayang abang ke tak? Klu tak abang campak Lisa dalam air ni.”
“okey-okey. Ye.”

“ape yang ye nye sayang? Cube cakap sikit abang nk tahu lah.”
“ye Lisa sayang awak.”

“ha ape tak dengarlah.”
“ye Lisa sayang abang.”

“Kuat sikit sayang. Ramai nak dengar ni.”
“YE LISA SAYANG ABANG.” Lisa menguatkan sedikit suaranye. Nasib baik tak ramai orang. Klu tak sure malu nih .

“so da boleh lepas kan?”
“ish2 , belum lagi.”

“mengade kan?” Lisa mencubit Firdaus lagi.
“sayang, sakitlah. Ada yg nk kene kiss kat sini karang ni.”

“padan muke, sape suruh buli Lisa. Cepatlah lepaskan.”
“kejap lah.”

“ada apa lagi ni?”

“kene bace ikrar sikit.”
“ha? Perlu kew?”

"haruslah.”
“okey , cepatlah.”

“lisa ikut Fir ye?”

“ye.”
“saya Sharifah D’arlisa berjanji.” Lisa mengikuti setiap ayat yang disampaikan Firdaus.

“tak akan cubit or buli Mohd Firdaus lagi.”
“tetapi kalau saya geram dengan die , saya hanya akan.”

“kiss die saje.”
“eh, perlu kew mcm tuh?”

“ish ikot je boleh tak?”
“okey.”

“kiss die saje.” Lisa menuruti semula kata-kata Firdaus sebentar tadi.
“tetapi kalau saya ingkari. Mohd Firdaus boleh kiss n peluk saya kuat-kuat.”

“eh , wait seminit. Abang ape punyer ikrar ni?”
“ikot je la.”

 “tetapi kalau saya ingkari. Mohd Firdaus boleh kiss n peluk saya kuat-kuat.”
“ha macam tuh lah princess abang.”

“so dah boleh lepas la ni?”
"boley je, jap ea . counting first, 1 , 2 , 3.”

Splasssshhhhhh

Firdaus melepaskan Lisa ke dalam air laut .

“argghhhhh , abang ape ni? Tengok dah basah dah.”
“opsssss ,, sengaje hahaha.”

“cepat angkt Lisa balik. tak kesian ke ha?? Da lah tak boleh jalan.” Lisa menghulurkan tanganya kepada  Firdaus.
“okey sorry. Arghhhhh ,, Lisa yang  Lisa tarik abang sekali ni kenapa?” sebenarnya  tu lah tujuan Lisa menghulur  tangan tadi, ingin menarik Firdaus sekali ke dalam air.

“saje je, sebab ada ubi ada batas ada hari boleh balas, tapi Lisa nak balas sekarang jugak, hahaha”
“nakal kan?”

“heehehhe ,,dengan abang jew .”
“nasib bek.” Firdaus menjawab sambil meletakkan tangan di dadanya.

             Petang itu mereka melepak di kawasan pantai tersebut hingga malam. Apabila malam Firdaus membawa Lisa ke hotel yang telah pun Firdaus tempah dari awal. Termasuklah pakaian Lisa, dia memang telah menyiapkan segalanya. Heeeee (idea gila cam ni abang hensome kite tu memang pandai kan??)


p/s:
*maaf lame x update bz gilerrr . exam lah katakan.
* byk typo error. tapi saya tau kamu semua paham kan?? teheee
* selepas ni saya akn type abg AKA abang Firdaus kite tu ye (tak byk mse lah nk type pnjg2 ni) sorry ^^
*komen la. jgn lah jd silent reader.  at least berbaloi lah jugk sy menaip ni. (buat muke comey)
*dlam minggu ni episod 5 muncul ye. so wait 4 abg Firdaus kite ye ,,, :P
*byeeeee . sayang kamu...

01 August 2011

bab 3

“Lisa, okey tak ni? Fir risau la.” Tanya firdaus sambil memicit kepala Lisa

“Fir Lisa okey la, sakit sikit je ni.”

“meh sini, baring atas riba Fir ni, biar Fir sambung picitkan kepala Lisa tu.” Lisa mengikuti arahan Firdaus.

“Lisa malam ni Fir tidur sini ye? Fir tak nak Lisa sakit sorang-sorang kat sini. Boleh kan?” Lisa hanya mengangguk.

“Fir , Lisa mintak maaf ye , Kehidupan kita tak macam pasangan yang lain. Fir pun tau kan kita nikah sebab permintaan arwah mama. Tapi itu bukan maksudnya Lisa tak boleh terima Fir. Fir kene bagi Lisa sedikit masa. Buat masa ni kita kenal diri masing-masing dulu ea?” Lisa telah pun menitikkan airmatanya.

“shh,,  sayang jangan nangis. Fir tak kesah Fir redha . Fir hanya nak Lisa tau Fir da jatuh hati kat Lisa masa fir tengok lisa kt majlis akad nikah hari tu. I really love u dear.” Sebuah kucupan hangat singgah di dahi Lisa.

Lisa bangun dari pembaringannya. Matanya merah dan pipinya comot kerana kesan air mata. Lantas tangannya mengambil tangan Firdaus lalu dia mengucupnya dengan sendu. Firdaus hanya membiarkan perlakuan Lisa itu.

“Lisa dah ea. Tak yah nagis lagi , nanti kepala Lisa tu makin sakit. Dah sambung tidur balik esok kan Lisa ada kuliah pagi. Esok Fir hantar Lisa ye.”

“eh fir tak kerja ke?”

“tak. Lagi dua hari kan Lisa dapat cuti sebulan,so Fir join la sekali.”

“amboi!! Kita yang cuti dia pon eksited nak join, mana boleh. Abis office macam mana?”

“alah bukannya Fir ambil cuti lama pun . seminggu jew. Saje nak temankan dia ni.” Jawab Firdaus sambil mencuit hidung Lisa.

“owh, eh baru Lisa ingat. Tadi masa balik tak nampak bik pun mana dia?”

“alamak !! fir lupa nak kasi tau lisa la. Tadi daddy call dia kata dia pinjam maid kita untuk selamanya.”

“ha??” jawab Lisa keliru

“maid daddy kene balik negara dia balik sebab ada hal keluarga. So dia ambil la kita punya sebab kita bukannya guna sangat pun.”

“urm, okey.”

“dah la , tidur. Selamat malam sayang.” Ucap firdaus sambil menghadiahkan kucupan di pipi Lisa seperti biasa. Lisa membalas juga.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“assalamualaikum Lisa.” Firdaus memberi salam ketika Lisa baru melangkah masuk kedalam kereta. Seperti biasa mereka bersalaman dan menghadiahkan kucupan masing-masing.

“Fir, kita nak pergi mana ni? Nak balik rumah terus ke?”

“fir tak kesah ,Fir ikut Lisa jew. Hari ini kan Fir jadi Lisa punyer full time driver , so mane je Lisa suruh Fir hantar , Fir hantar punyerrr.” Firdaus menjawab.

“kalau macam tu , jom kita kew kedai komputer , lisa nak beli ink printer la. Kat rumah tu da abis, Lisa nak print kerja sikit. Besok kene hantar , kan besok hari akhir lisa ada kuliah.”

“okey boss ,saya gerak sekarang.”

“hahaha , macam-macam la Fir ni.”

“well ni Firdaus!!.” Firdaus cuba meriakkan dirinya.

“eleh.” Lisa mencebir.

“eh , Lisa da lunch?”

“belum, ingatkan Fir masak kat rumah , sbb tu la Lisa belum makan.” Lisa cuba mempermainkan Firdaus.

“ish , Fir masak? Memang tak la. Hahaha . kalau macam tu nanti lepas beli barang tu kita pegi makan ye?”

“okey.”

“fir buat ape je kat rumah tadi? Bosan tak?”

“haruslah bosan , sebab Lisa tak da. Hahaha . Fir tadi kat rumah kemas rumah , basuh baju , kemas bilik bacaan sebab da teruk sangat la bilik bacaan kita tu.” Firdaus memandang Lisa dengan pandangan yang sinis.

“alamak!! Fir sorry,  malam tadi Lisa lupa nak kemas lepas lisa siap draf kan kerja yang lisa nak print ni.  Kan semalam Lisa sakit kepala.”

“heheh , tak pe Fir saja je nak gurau-gurau nan lisa. Eh kepala lisa tu dah elok? Kalau belum jom kita jumpa doktor.” Cadang firdaus.

“tak payah la Fir , da elok da pown kepala ni.”

Mereka meneruskan perjalanan. Apabila tiba di pusat membeli-belah mereka mencari tempat meletak kereta yang kosong. Mereka berpimpinan masuk ke pusat membeli-belah itu. Tanpa diketahui oleh mereka , mereka sedang diperhatikan oleh Misha dari jarak jauh. Misah tertanya-tanya siapakah jejaka di sebelah lisa itu . mereka kelihatan begitu rapat. Timbul syak di dalam hatinya.

^^^^^^^

Malam ini, langit begitu gelap dan angin sangat kuat. Firdaus mengagak yang malam ini pasti akan hujan. Sebabkan itu dia tidak berlama-lama di balkoni rumah. Dia masuk setelah menghirup udara yang menyamankan di balkoni itu. Ketika di baru menutup pintu ke balkoni kondonya Lisa muncul di belakang Firdaus sambil menghulurkan segelas air.

“Fir ni air, minumlah.”

“thanks.”

“sama-sama, tapi maafla sebab tadi Lisa da minum sikit. Hehe.”

“tak pe Fir tak kesah pon.”

“eh Fir Lisa nak pergi print kerja Lisa dulu lah ye , da malam da ni . takut tak sempat pulak nanti.”

“okey. Nak Fir teman tak?”

“tak payah la. Fir pergi je la tengok bola kesayangan Fir tu. Lisa tak nak kacau.” Lisa menjawab sambil berlalu.

Ketika jam menunjukkan pukul 10 malam. Lisa telahpun siapkan kerjannya , namun Firdaus masih leka menonton televisyen. Lisa mengahampiri Firdaus untuk mengucapkan selamat malam seperti biasa.

 ^^^^^^^^^^

Malam itu, Lisa telah bermimpi yang amat menakutkannya. Dia meronta-ronta meminta pertolongan namun dalam mimpinya tiada sesiapa pun yang membantu dia. Setelah penat bertarung dalam mimpinya itu , tiba-tiba dia terjaga. Mukanya cemas, pernafasannya tidak teratur, air matanya telah pu mengalir, badannya berpeluh, penghawa dingin yang dipasang tidak dapat menampung  cemas di hatinya.

Oleh kerana takut, dia berlari ke bilik Firdaus yang terletak berhadapan dengan biliknya. Tangan dia cuba memulas pintu bilik firdaus tetapi dia tidak bejaya kerana Firdaus mengunci pintu biliknya. Lisa mengetuk pintu bilik itu bertalu-talu sehingga Firdaus terjaga. Firdaus pelik  kenapa Lisa mengetuk pintunya malam-malam begini.

“fir , bagun la fir . bukak pintu ni , Lisa takut ni. Fir!!” lisa cuba untuk memanggil Firdaus dengan keadaan yang tercungap-cungap serta ketakutan.

“Lisa kenapa ni? Muka cemas sangat. Ada perompak ke? Cuba tenang . tarik nafas perlahan-lahan sayang.” Firdaus cuba untuk menenangkan sambil megusap-usap kepala Lisa yang sudah pun mendarat di dadanya.

“Fir lisa takut. Lisa takut sangat, dia nak bunuh Lisa.”

“siapa nak bunuh Lisa ni? Fir tak paham la.”

“dia , dia yang nak bunuh Lisa.”

“dia tu sapa?”

“tak tahu , Lisa tak kenal.” Lisa cuba menerangkan dekat Firdaus keadaan yang sebenarnya dalam keadaan yang teresak-esak.

“ni mesti Lisa mimpikan?” Firdaus cuba menjadikan suasana berubah . dia berharap cara itu akan menenangkan Lisa. Lisa mengangguk.

“ish, dia ni.” Ujar Firdaus sambil mencium dahi Lisa sambil mengusap-usap belakang lisa agar dia menjadi tenang dan tidak berada dalam ketakutan.

“mimpi tu kan mainan tidur , sayang.” Tambah Firdaus.

 “memangla, tapi tadi tu macam betul. Boleh tak malam ni Lisa tidur dengan Firdaus?” Lisa bertanya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipinya.

“as you wish, sayang.” Firdaus mengundur sedikit dan membuat aksi seperti seorang penyambut tetamu hotel menyambut pelangganya datang di hotel tersebut. Lisa geli hati akan sketsa itu.

“thanks.” Ucap Lisa

“tapi sebelum tidur Lisa pergi basuh muka dulu ye, da tak comel da lepas nangis.”  Kata Firdaus  sambil mencubit kedua-dua belah pipi Lisa.

Ketika Lisa keluar daari bilik air, dia melihat yang Firdaus telahpun baring di katilnya. Lisa menganggap yang Firdaus terlalu letih lalu dia membiarkannya. Ketika Lisa baru hendak baring di katil itu, tiba-tiba Firdaus bangun dari tidurnya.Lisa terkejut akan situasi itu, lalu dia terjerit kecil.

“ish Fir ni Lisa ingat da tidur, buat takut orang je  la dia ni.”

“mana ada tadi Fir baring je, mana boleh Fir tidur nanti tuan puteri ni takut. Langsung dia tak dapat tidur sampai pagi nanti.” Firdaus menjawab sambil tergelak.

“okey, Fir janji ye, walau apa yang berlaku malam ni jangan tingalkan Lisa. Tau .” Lisa mengangkat jari kelingkingnya dengan harapan Firdaus akan menyambutnya.

“ye sayang , Fir janji Fir tak akan tinggalkan sayang sampai bila-bila.” Firdaus mengukir janji sambil menyambut jari kelingking Lisa.

“dah , Lisa tidur ye. Meh baring dekat Fir.” Lisa mengikuti permintaan Fir.

“tidur okey. Selamat malam. Baca doa dulu Lisa.” Firdaus menghadiahkan ciuman di dahi Lisa.

Malam itu , lena benar tidur Lisa kerana dia berasa selamat apabile di sisi Firdaus. Pelukan daripada Firdaus memberikan dia sedikit kehangatan dan menghilangkan perasaan takutnya sebentar tadi. Dia bertuah kerana dikurniakan seorang lelaki seperti itu untuknya. Namun dia berasa sedikit kecewa kerana dia masih belum dapat menerima kehadiran Firdaus di hatinya. Tetapi dia tidak menidakkan yang suatu hari nanti pasti Firdaus akan memilikinya kerana  sejak beberapa minggu ini dia dapat merasakan suatu perasaan yang lain apabila berada di sisi Firdaus.

^^^^^^^^^^

Pagi itu Lisa tersedar daripada tidur apabila terasa ada hembusan halus di mukanya . Apabila dia membuka mata, agak terkejut juga dirinya kerana kini dia dan Firdaus sedang menghadap sesama sendiri. Jarak antara Lisa dan Firdaus sangat dekat. Jantung Lisa berdegup laju dan badannya sedikit menggigil. Lisa mengamati setiap inci muka Firdaus , hatinya tenang ketika melihat wajah yang semakin lama hidup di hatinya. Tidak habis-habis Lisa mengucapakan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana Dia memberi Firdaus kepadanya.

Lisa cuba untuk meleraikan pelukan Firdaus yang kuat di badannya apabila dia menyedari waktu subuh semakin hampir, namun dia tidak berdaya kerana pelukan Firdaus amat kemat dan ketat. Lisa cuba untuk mengejutkan Firdaus .

“fir , fir , fir ,bangunlah. Dah subuh dah ni.” Firdaus masih tidak bergerak daripada tadi .

“Firdaus , bangunlah. Dah subuh ni. Lisa nak solat la.” Lisa cuba untuk tegas dengan Firdaus sambil menggoncangkan tubuh sasa Firdaus. Kali ini cara Lisa berhasil kerana Firdaus seakan ingin membuka matanya. Lisa tersenyum kerana Firdaus sedar dari tidur bersama dengan ucapan selamat pagi.

“morning dear. Macam mana tidur malam tadi lena?” tanya firdaus,,

“lena sangat.” Jawab Lisa ringkas.

“fir please angkat tangan fir ni . Lisa nk pegi mandi laa , then nak solat .”

“oopppssss , sorry. Lisa mandi kt sini je la ye?”

“ tak nak la fir, sebab Fir pon kene mandi sekali. Sebab subuh dah nak abis da nih.”

“ala x pe la kite mandi la same-same, baru la best sikit.” Firdaus menjawab sambil mengangkat kening yang bermakna dia tengah mengenakan Lisa.

“ish , Fir jangan nak ngada-ngada  eh. Cepuk kang.” Lisa mencubit lengan Firdaus dan pipi lisa kelihatan kemerah-merahan kerana merasa malu.

“ooo, lisa nk cepuk ye? Fir kiss karang.”

“dah la fir jangan ngada-ngada . da lmbt da ni. Fir pergi mandi tau. Nanti kita solat same-same.”

“okey.” Jawab firdaus ringkas.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

“ alhamdullillah ya allah kau telah memanjangkan umurku, umur isteriku dan umur semua umatmu hari ini. Terima kasih ya allah atas kurnianmu kepada kami . terima kasih kerana memberi kebahagian ini kepada ku. Semoga aku dapat membimbing isteriku ke jalan mu.” Tenang firdaus mengalun doa kepada yang Esa. Terasa sedikit  sedu di hati Lisa akan doa itu

AAAAAArrrrrrrrrrgggggggghhhhhhh!!!!!!!!!

Tiba-tiba terdengar jeritan daripada bilik Lisa.



p/s : sori lme x update . diandra hope sape yang rajin2 bce ni . follow la n coment .. please ,, tq  ^^