salam ..
hye sume yg walking2 kat blog ANDRA ni ,,
sile lah tinggalkan jejak ,,
okey??
k ,, luv u..
;-)

11 September 2011

Bab 5

“Lisa makan ni  sayang. Semalam masa makan malam Lisa tengok je abg makan. Abg nak suap Lisa tak nak. Makan sikit ye sayang?” Firdaus memujuk Lisa supaya bersarapan pagi ini.

Lisa geleng kepala.

“Lisa jangan la macam ni. Nanti kalau kite pergi rumah ibu. Mesti ibu marah Abg sebab tak pandai jage Lisa sampai Lisa jadi keding and tak ada tenaga. Please my princess.”
“Betul ke kita nak pergi rumah ibu?” lisa teruja dengan perucapan Firdaus tadi. Firdaus mengangguk.

“Lisa makan ye sayang?” Lisa mengangguk tanda setuju. Senyuman semanis gula dia hadiahkan buat Firdaus.
“Aiseyyy minah ni nak goda aku pun agak-agak lah depan orang ramai ni sayang oiii.” Firdaus berkata kepada Lisa.

“Eh bile mase pulak Lisa nak goda abg?? Perasan lah tu.”
“Habis yang senyum  comel-comel depan abg ni apsal?”

“Saje. Eh tadi kate nak makan? Cepatlah. Abg suap Lisa boleh?”

“As you wish dear.” Firdaus menyuapkan Lisa makan lagi pada pagi itu.



    Setelah bersarapan mereka menuju ke klinik yang berhampiran untuk melihat perkembangan kaki Lisa. Sama ada balutan di kakinya sudah boleh di bukak ataupun belum.

“Encik pada perhatian saya, kaki isteri Encik ni dah semakin pulih. So saya rasa memang dah boleh buka dah balutan ni. Tapi isteri Encik masih tidak boleh berjalan dengan betul lagi. Mungkin besok I think.” Terang doktor Othman.
“Maaf doktor.  Tapi kenapa ye?”

“Kerana masa dia terseliuh kelmarin bahagian yang terlibat pada masa itu adalah di kawasan buku lali dia. Mse kaki tu terseliuh tempat terseliuh tu betul-betul antara tulang tibia dan tarsals Puan. So ia akan ambil masa sedikit. Tapi Encik tidak perlu risau. Puan tidak apa-apa.” Terang doktor muda itu sekali lagi.

           Baru Firdaus teringat semasa dia di Tingkatan 5, dia mengambil sains tulen. Oleh itu, dia ada belajar sedikit pasal tulang-tulang ni. Dan tulang yang dia paling ingat adalah tulang TARSALS itu sebab padanya nama tulang itu seperti SOS TARTAR. (Adoiii abg Firdaus kita ni, ada ka samekan nama tulang tu dengan nama sos. Ish2. Teeehhheeeee).  Sebab tulang tu lah dia dapat A+ kerana masa peperiksaan SPM soalan tulang-tulang keluar di bahagian essey. (essey kan 20 markah, so maybe kat situ kut dye dpt markah penuh n die dpt A+,, mane kita tahu kan???)

“Terima kasih doktor. Kalau macam tu bila nak buka balutan ni?” tanya Firdaus.
“Owh, sekejap lagi pembantu saya akan masuk dan dia akan membantu Puan untuk membuka balutan ini.”

+++++++++++++++++

“Sayang, jalan tu slow sikit boleh tak?”
“Tak nak! Lisa excited dengan pantai tahuuu?”

“Ye, abg tau. Tapi awak tu belum elok sangat lah.”
“Ala, biar lah. Kaki kite bukan kaki awak.” Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Firdaus.

“Nanti kite jugak yang susah. Bukan awak tahuuuu.” Firdaus menjawab sambil mengajuk cara perbualan Lisa.
“Eleh. Mana ada. Nak tipu je awak ni.” Kata Lisa sambil kakinya menguis pasir di pantai itu. Pinggangnya tidak terlepas dari tangan Firdaus. Risau betul si Firdaus ni.

“Lisa jom duduk kat kerusi tu.” Firdaus menunjukkan Lisa kerusi itu.

“Jom!” sahut Lisa.

++++++++++++++++++++++++

    Petang itu, mereka tiba semula di hotel yang disewa oleh Firdaus. Cantik hotel itu, dengan pantainya yang cantik. Pandai Firdaus pilih getus hatinya. BAYU BEACH RESORT itulah nama hotel tersebut. Layanan yang di terima daripada staff di situ juga amat memuaskan.  Jarang dia menginap di hotel jika ke Port Dickson. Selalunya, apabila sudah puas bermain dengan pantai dia akan terus pulang ke kampung ibu di Segamat. Tidaklah jauh mana Segamat dengan Port Dickson ni. Dulu ketika masih di sekolah menengah di pernah menginap di Ilham Resort. Ketika itu sekolahnya mengadakan rombongan ke sini dan menaiki Rumah Api Tanjung Tuan.

“Lisa, lepas ni Lisa mandi then tidur ye sayang? Nanti bila asar masuk abg kejut. Kesian dekat Lisa macam penat je.”
“Okey.” Ringkas sahaja jawapannya. Malas nak membatah kerana dia tahu Firdaus akan memaksa juga.

“Ish, kenapa ni? Macam marah je?” tanya Firdaus.
“Mana ada.” Jawab Lisa.

“Okey.” Firdaus tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan. Biarlah hati Lisa sejuk dulu. Malam nanti baru dia minta maaf.

+++++++++++++++++

    Kejadian di pantai tadi amat membuatkan Firdaus rasa bersalah. Sejak pulang dari pantai tadi Lisa tidak mahu sangat bercakap dengan dia.

“Lisa! Nak pergi mana tu? Tadi kata nak duduk.”
"Mana ada, abg yang ajak duduk. Lisa kata jom je. Lisa tak cakap pun yang Lisa nak duduk jugak.” Jawab Lisa sambil berlari-lari ke arah pantai.

“Ish budak ni degil betul lah.” Firdaus bersuara perlahan.
“Lisa, be careful dear. Kaki tu kan tak okey lagi.” Jerit Firdaus kepada Lisa. Firdaus hanya memerhatikan dari jauh.

     Seronok betul Lisa bila dapat bermain kejar-kejar dengan air di pantai itu. Ketika itu, pantai tidak ramai orang jadi mudahlah firdaus memerhatikan Lisa daripada jauh. Ketika Lisa leka berkejar-kejaran dengan air di pantai, tidak tahu bagaimana dia tersilap langkah dia jatuh terduduk di gigi air itu. Firdaus yang ternampak kejadian itu daripada jauh terkejut. Firdaus terus berlari ke arah Lisa.

“LLLLLLLIIIIIIISSSSSSSAAAAAAAAA.” Jerit Firdaus.
“Lisa okey tak ni? Meh abg tengok kaki tu.” Firdaus memegang kaki Lisa. Lisa menangis ketika itu kerana kakinya terasa sakit sangat.

“Kan abg dah cakap, jangan. Lisa nak jugak kan? Tengok ape dah jadi ni. Lisa lain kali janganlah degil. FAHAM TAK? LEPAS NI KALAU LISA DEGIL LAGI, LISA JANGAN TANYA KALAU ABG MARAH-MARAH LISA LAGI TERUK DARI NI. FAHAM TAK NI??” bentak Firdaus. Air mata Lisa terus jatuh bertimpa-timpa. Firdaus tidak pernah tempik dia sebegini cara. Kerana hati yang terlalu sakit, Lisa rentap tangan Firdaus dari memegang kakinya. Lisa sedaya-upaya bangun dan ingin berlalu dari situ. Sakit benar hatinya dengan bentakkan Firdaus sebentar tadi.
“Lisa! Nak pergi mana tu?” jerit Firdaus.

“Suka hati Lisa lah. Lisa kan degil. Tak payah la sibuk hal Lisa.” Jawab Lisa sambil cuba menjauhkan diri daripada Firdaus. Dan dia jatuh lagi kali ini. Kerana kakinya masih tidak kuat. Lisa menangis teresak-esak di situ juga. Dia ingin bangun tapi tidak mampu. Tiba-tiba, tubuh Lisa terasa diangkat oleh seseorang. Lisa memandang wajah itu dengan riak yang tidak menyenangi perlakuan lelaki itu.
"Lepas lah. Tak suka la.” Lisa cuba untuk melepaskan dirinya.

“Sayang, maafkan abg ye? Sori abg tak sengaja. Tadi abg risau sangat. Kita pergi klinik ye sayang?”
“Tak nak la. Biar je la kite macam ni. Awak bukannye kisah pun.” Merajuk benar Lisa ni. Kalau tak, takkan dia tukar panggilan. Getus hati Firdaus.

“Sape kate abg tak kisah. Sayang tau tak nyawa abg macam nak tercabut tadi tengok Lisa jatuh.” Firdaus cuba memujuk.
“Dah tak payah lah awak nak pujuk kite. Kite tak suke tahuuuu.”

“Okey. Tapi kite abg bawa sayang pergi klinik ye?”
“Papew je la.”

+++++++++++++++

      Ketika Lisa tidur, Firdaus melihat kaki gadis itu, lebam. Dia berasa begitu menyesal kerana tidak menjaga Lisa betul-betul. Nasib baik doktor kata tak apa-apa. Lagi seminggu baru kaki Lisa sembuh sepenuhnya. Buat sementara ini Lisa masih tidak boleh jalan dengan elok . kakinya pun telah berbalut semula.
“Lisa, bangun yunk. Dah asar dah ni.” Firdaus cuba mengejutkan Lisa. Lisa terjaga dari tidurnya, dia cuba untuk bagun dan duduk bersandar di kepala katil.

“Meh abg bawa Lisa pergi toilet ye. Ambil wuduk.” Lisa mengangguk tanda setuju.
“Good girl.” Firdaus mengambil tuala yang tersidai di tepi dinding. Dan di sangkut di bahunya. Setelah mambantu Lisa mengambil wuduk, Firdaus membalut badan Lisa dengan tuala, dia takut nanti wuduk Lisa akan terbatal jika tersentuh kulitnya.

    Firdaus membantu Lisa membentangkan sejadah dan menghulurkan telekung buatnya. Lereka menunaikan solat asar pada petang itu bersama-sama.

+++++++++++++++++++++++

“Awak, kite nak cakap sikit.” Malam itu Lisa ingin meminta maaf kepada Firdaus akan kejadian petang tadi. Setelah dia berfikir semula, memang patut pun dia kena marah dengan Firdaus.
“Ape dia sayang?” Firdaus mendekati Lisa. Dia mengusap kepala gadis itu. COMEL!! , getus hatinya.

“Lisa nak mintak maaf kat abg, memang patut abg marah Lisa tadi.” Air  mata dia sudah mengalir LAGI(heheheh). Firdaus mengelap air mata itu dengan kedua ibu jarinya. Dia membawa gadis itu berada dalam pelukannya.
“Shhh, Lisa tak pe. Lisa tak salah pun, kalau abg tak bawa Lisa pergi bercuti mesti kaki Lisa okey je kan kat rumah tu?” air mata  Lisa semakin banyak mencurah. 

     Malam itu, firdaus memujuk Lisa sehingga gadis itu tertidur di dalam pelukan Firdaus. Senang sedikit hati Firdaus apabila rajuk Lisa telah terpujuk. Dia berharap selepas ini Lisa lebih matang dalam berfikir.  Semasa Firdaus ingin membaringkan Lisa di katil, dia sangat berhati-hati. Risau jika Lisa terjaga dari lenanya.

+++++++++++++++++++++

“Awak, kite tunggu awak kat kerusi tu yer? Tak larat la nak tunggu awak check out ni lama-lama.” Lisa menyampaikan hasratnya kepada Firdaus sambil tanganya menghala ke arah sebuah kerusi di perkarangan hotel itu.
“Okey, sayang. Hati-hati.” Jawab Firdaus sambil mengusap kepala Lisa.

“Jom sayang, i’m done.” Firdaus menghampiri Lisa dan menghulurkan tanganya kepada gadis itu, apabila urusannya selesai. Lisa menyambut tangan Firdaus itu.
“Awak, kite terus pergi rumah ibu ke?”

“Ye. Eh sayang nak ikut jalan kampung ke lebuhraya?” tanya Firdaus sambil tersenyum.
“Ikut jalan kampung lah awak. Seronok sikit.” Jawab Lisa sambil menghala ke arah kereta Firdaus.

“Okey.” Jawab Firdaus ringkas.
“Urmmm, awak kite nak tidur boleh tak?”

“Lisa, kenapa berawak-awak ni? Kan dulu sayang panggil Abg.”
“Urm, saje malas.”

“Ooo, pandai nak malas-mals pulak sekarang ye?”
“Haruslah, dengan awak je kite malas.”

“Tak kire Lisa kene panggil Abg jugak.”
“No!”

“Yes!”
“No!”

“Yes!”
“No!”

“No!” Firdaus mengenakan Lisa
“Yes!! Opps.” Lisa terlepas cakap.

“Yeah, cam tu lah good girl.”
“Abg main tipu memang lah.”

“Mana ada.”
“Papew je la. Lisa tidur dulu ye? Nanti sampai bandar Segamat kita berhenti ye? Lis nak jumpe Nad.”

“Okey. Sweet dream dear.”

+++++++++

       Setibanya mareka di kampung setelah bertemu Nad di McD Segamat, ibu telah menunggu mereka di halaman rumah. Ibu menjemput mereka ke dapur, kerana waktu itu ibu sedang memasak untuk makan tengah hari.

“Ibu, along dengan angah mana bu?” tanya Lisa
“Along kerja, kejap lagi dia balik lah tu. Angah pulak keluar katanya tadi jumpe kawan.” Jawab ibu ringkas.

“owh.” Balas Lisa sambil makan kuih cakoi dengan khusyuknya sehingga Firdaus di sebelah pun dia dah tak nampak. >>kesian abg  kita tu kan?? Teeheee<<
“Lisa, kaki kamu tu kenapa?”

“Ja..aaa..”
“Jatuh dalam bilik air ibu plus dengan jatuh kat pantai.” Belum sempat Lisa menjawab Firdaus telah “tolong” jawabkan untuk Lisa. Lisa mencubit pinggang Firdaus. Firdaus terjerit kecil sambil membuat isyarat muka yang nanti Lisa akan “kena” dengan dia. Lisa hanye tersengih malu.

“Degil sungguhkan kamu ni Lisa. Eh daddy kamu sihat?” tanya Ibu.
“Sihat kut. Last dia call Lisa dua minggu lepas. Dia kata dia ada kat Mekkah buat umrah.”
“Dia masih tak dapat terima ke?” tanya ibu ingin tahu.

“Belum kut. Ish lambat lah along ni balik.” Lisa menukar topik.
”Woi! Budak kecik, kau pehal sebut-sebut nama along?” sergah Along atau Mohd Asmat.

“Eleh, nak sebut name die pun dah tak boleh dah. Tau lah orang tu dah berjaya lah katekan.” Lisa memerli Asmat.
“Kenape dik? Jeles ea?” Asmat tanya sambil membangga diri.

“Tak heran okey!”
"Memanglah orang tu tak heran. Hubby masyukkkkk lah katekan.” Asmat memerli Lisa lagi. Tapi kali ini Firdaus yang sedang asyik menikmati air teh yang ibu sediakan tersedak kecil kerana dirinya juga terlibat dalam Perang Mulut mereka berdua itu.

“Alooonnggg!! Tengok Fir dah tersedak dah ni. Along lah ni.” Lisa mengosok perlahan belakang Firdaus agar dia berasa sedikit lega.
“Hahahhahha, biar lah. Along tak kesah okey.” Jawab Asmat sambil berlalu ke biliknya.

     Sebenarnya, along dan angah adalah anak ibu. Dulu semasa hayat mamanya, ibu lah yang menguruskan jadual mama dan membantu mama apa yang patut. Pendek kata, ibu ni P.A mama lah. >>pendek kata ye, bukan panjang kate. Heee<<

++++++++++++++++++++++++++++++

 “Mama.” Jeritan si anak kecil mendapat perhatian si Ibu.
“Ye sayang, kenapa jerit-jerit ni? If i’m not mistake ur Papa did not let U to shout like that right?” tanya Puan Dahlia.

“Opppssyyy!! Sorry mama.” Pinta si anak.
“Okey. So tadi kenapa sayang jerit-jerit panggil mama?”

“ Tu along dengan angah tak nak bagi Lisa main game dengan diorang.” Lisa memuncungkan bibrnya.
“Ask ur ibu to solve this prob dear. I don’t know how to solve it. Sorry dear.” Puan dahlia menjawab sambil membelai rambut puteri kesayangannya itu.

“Okey.” Lisa terus mendapatkan ibunya.
“Ibuuuuuu!!!.” Jerit Lisa.

“Ye Lisa? Kenapa jerit-jerit ni?” jawab ibu dengan muka yang terkesima.
“Along dengan angah tak kasi Lisa main game dengan diorang.” Lisa menarik wajahnya.

“Tak pe nanti ibu marah ye? Sekarang Lisa tolong ibu masak kuih nak tak?” tanya ibu.
“Nak!!!” Lisa jawab ringkas.

“Amboi anak ayah, rajinnya tolong ibu dia.” Tiba-tiba ayah Lisa masuk ke dapur.
“Biasalah encik, ni je cara nak pujuk budak kecik ni. Merajuk dengan anak-anak saya tadi.”

“Ow. Saya nak kenekan si Lisa ni lah. Saya pinjam dia sekejap ye?” Encik Zikri membawa Lisa ke tempat Asamat dan Hakimi bermain game.
“Along, angah. Kenapa tak kasi Lisa main sekali?” tanya ayah.

“Die mane pandai main ayah.” Jawab Angah ataupun Hakimi
“Ea? Lisa tak pandai main ye sayang?”

“Mana ada. Lisa tahu la.” Lisa jawab.
“Ye ke? Tak pe lah esok-esok lah Lisa main game tu. Ayah rasa baik Lisa tolong Ibu kat dapur lagi best ayah rase. Betul tak along ngan angah?” Tanya Encik Zikri sambil memandang kepada dua kanak-kanak lelaki itu. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala dan tersenyum sinis kepada Lisa

“Ala!! Ayah ni. Ingatkan nak tolong. Tapi saja nak kenekan Lisa kan? Tak nak kawan ayah.” Lisa merajuk lalu berlalu dari ruang tamu itu.
“Bye-bye.” Ayah melambai-lambai pada Lisa sambil mengangkat double jerk kapada asmat dan Hakimi.

++++++

“Adoooiiii!!!” sape yang berani baling buah rambutan ni kat Lisa ha? Baik mengaku sekarang!” jerit Lisa sambil memandang ke arah atas. Di sana ada dua ekor “beruk” jadian tangah sedap makan rambutan. Orang tengah sedap-sedap berangan pasal cerita lama, dia pulak sibuk-sibuk nak baling kulit rambutan kat aku. Bengang betul ni!!!!
“Dah lah kacau orang tengah berangan. Benci betul lah.” Sambung Lisa.

“Lisa laki kau yang baling.” Tipu along.
“Bro, lu jangan libatkan nama wa bro. Wa tengok je tadi. Wa tak masuk campur der.” Jawab Firdaus membela dirinya.

“Lisa abg tak buat lah. Along ni yang buat.”
“Along!!!!! Memang nak kene ngan adik kan? Along turun sekarang jugak.”

“Tak nak!! ,wekkkk.” Asmat mencebir kepada Lisa.
“Adooiii!! Sakitnya. Tepi bro wa nak turun dulu.” Firdaus meminta izin untuk turun dahulu.

“Lu kenapa bro? Lek la. Tak kan takut bini kut.”
“Wa bukan takut der. Tapi wa da tak TAAAAAHHAAAAANNNN ni.” Terus firdaus berlari ke dalam rumah

“Hahahah. Lawak la mu ni bro.” Asmat menggelakkan Firdaus kerana dia masih tidak faham situasi yang sebenar.

~ish. Apsal nan laki aku ni?~ hati Lisa berkata-kata. Baru Lisa teringat yang Firdaus tak boleh makan rambutan. Hish apsal la tadi aku tak larang dia makan? Apa nak jadi dengan kau ni Lisa tak bertanggungjawab betul lah. Gumam hatinya.

Knok! Knok! Knok!

    Lisa mengetuk pintu tandas. Sudah setengah jam Firdaus di dalam tandas. Firdaus memang tidak boleh makan buah rambutan. Jika dia makan, pasti dia akan sakit perut dan muntah-muntah. >>nampak je power abg kite tu. Tapi lembik gax an? Hee<<

“Abg. Abg, okey ke tu? Buka pintu ni. Ni Lisa ada bawa tuala ni. Abg mandi yer? Then makan ubat. Cepat buka pintu ni.” Lisa mengetuk dari luar.
“Abg okey. Kejap abg buka.” Sahut Firdaus dari dalam. Ketika pintu tandas terbuka, Lisa dapt melihat muka Firdaus yang pucat. Jatuh kesian Lisa terhadap Firdaus.

“Abg ni tuala. Abg mandi tau dah senja ni. Nanti Lisa kasi ubat ye.” Lisa memberikan arahan. Firdaus hanya mengangguk.

++++++++++

    Ketika Lisa leka berbual dengan Nad di talian. Firdaus masuk ke dalam bilik dengan muka yang pucat. >>sakit sangat ke pak cik oii??<< . Lisa meminta untuk manghentikan perbualan dengan Nad.

“Wey Nad, nanti aku call kau balik ye? Ak ada hal ni.”

“Okey. Bye.” Nad menjawab ringkas.

   Firdaus duduk di birai katil berhampiran Lisa. Lisa memberikan senyuman yang manis buat Firdaus. Firdaus membalas senyuma itu dengan senyuman tawar. Lantas dia baring di katil itu. Lisa menuju ke dapur untuk mengambilkan Firdaus nasi dan ubat. Ketika Lisa sampai ke bilik, Firdaus masih lagi baring dan matanya telah tertutup.

“Abg, bangun. Makan nasi ni then makan ubat ye?” Lisa memukul perlahan pipi Firdaus agar dia terjaga. Firdaus bangun malas. Lisa membantunya bersandar di kepala katil. Lisa menyuapkan Firdaus makan. Hanya sedikit nasi yang terluak. Tiada selera kata Firdaus. Lisa pun tiada niat nak memaksa Firdaus.

“Okey,sekarang abg makan ubat ni ye?” Lisa menghulurkan ubat yang sentiasa Firdaus bawa.>>nampak sangat yang pak cik sorang ni asik sakit je<<. Firdaus mengambil ubat itu dari Lisa dan menelannya. Lisa hanya tersenyum.

“Good boy. Dah tidur ye? Kejap lagi okey lah tu.” Kata Lisa sambil mengusap pipi Firdaus.
“Nak ubat lagi.” Tiba-tiba Firdaus bersuara. Lisa menayangkan muka terkejut. Gila apa laki aku ni nak makan ubat banyak-banyak? Tanya Lisa dalam hati.

“Berapa banyak ubat yang abg nak makan ni? Tadi dua biji tak cukup ke?” tanya Lisa tidak puas hati. Firdaus geleng.
“Tak cukup.” Jawab Firdaus ringkas.

“Ha? Abg biat betul? Kang makan ubat banyak-banyak. Pengsan pulak kat sini.” Firdaus hanya gelak dengar soalan Lisa.
“Bukan ubat tu lah sayang.” Jawab Firdaus sambil menunjukkan ubat di tangan Lisa.

“Tapi, ubat ni.” Firdaus menunjukkan pipinya kepada Lisa. Lisa menjengkilkan matanya, apabila melihat tangan Firdaus itu. Baru dia paham maksud Firdaus tadi.
“Sakit-sakit pun gatal kan?”

“Ala, gatal dengan Lisa je. Cepat lah sayang.” Firdaus telahpun memasamkan mukanya. Nak tak nak terpaksa juga Lisa menurut permintaan Firdaus itu. Dia mencium kedua-dua belah pipi Firdaus.
"Thanks sayang.” Ujar Firdaus lalu mencium dahi Lisa.

“Dah, abg tidur ye? Lisa nak ke ruang tamu sekejap. Nak borak-borak dengan ibu,along dan angah.” Firdaus mengangguk tanda setuju.


2 comments:

  1. bosan sangat ke guyz?? maaf ye.. ^^

    ReplyDelete
  2. hihihi .. manja la lisa n firdaus .. lisa pun mcm tarik tali dngan fir.. bleh pulak merajuk sbb kena tegur sikit.. best la andra .. teruskan yeh... lepasni andra tulis jgn guna shortcut lagi .. Andra punya penulisan lebih mtg dari akak... ANdra dah tau guna tatabahasa mcm mana.. lepas :

    "..." Terus huruf besar lepastu..

    & selitan dlm novel andra tu tak ya kut. .. yg mcm >>....<< sbb boleh cut perasaan pembaca sedetik .
    hi hi..

    ~akak komen sbagai pembaca tau. bukan sbagai penulis... kalau nak bgi komen sbgi penulis, rasanya akak lagik bnyak kelemahan dripada andra.. ^___^ akak dulu suka buat ayat tergantung n kurang penghayatan . andra cuba sekali dan memang terbaik... cuba andra anta kat p2u lepasnih .. insyaAllah feedback pmbaca akan buat andra lebih smangat.. Sambung lagi eh cite nih~ syok pulak.. hihi

    ReplyDelete

-SALAM-
awak, tq terjah blog ANDRA ni..
komen sikit please,,
^^