salam ..
hye sume yg walking2 kat blog ANDRA ni ,,
sile lah tinggalkan jejak ,,
okey??
k ,, luv u..
;-)

01 August 2011

bab 3

“Lisa, okey tak ni? Fir risau la.” Tanya firdaus sambil memicit kepala Lisa

“Fir Lisa okey la, sakit sikit je ni.”

“meh sini, baring atas riba Fir ni, biar Fir sambung picitkan kepala Lisa tu.” Lisa mengikuti arahan Firdaus.

“Lisa malam ni Fir tidur sini ye? Fir tak nak Lisa sakit sorang-sorang kat sini. Boleh kan?” Lisa hanya mengangguk.

“Fir , Lisa mintak maaf ye , Kehidupan kita tak macam pasangan yang lain. Fir pun tau kan kita nikah sebab permintaan arwah mama. Tapi itu bukan maksudnya Lisa tak boleh terima Fir. Fir kene bagi Lisa sedikit masa. Buat masa ni kita kenal diri masing-masing dulu ea?” Lisa telah pun menitikkan airmatanya.

“shh,,  sayang jangan nangis. Fir tak kesah Fir redha . Fir hanya nak Lisa tau Fir da jatuh hati kat Lisa masa fir tengok lisa kt majlis akad nikah hari tu. I really love u dear.” Sebuah kucupan hangat singgah di dahi Lisa.

Lisa bangun dari pembaringannya. Matanya merah dan pipinya comot kerana kesan air mata. Lantas tangannya mengambil tangan Firdaus lalu dia mengucupnya dengan sendu. Firdaus hanya membiarkan perlakuan Lisa itu.

“Lisa dah ea. Tak yah nagis lagi , nanti kepala Lisa tu makin sakit. Dah sambung tidur balik esok kan Lisa ada kuliah pagi. Esok Fir hantar Lisa ye.”

“eh fir tak kerja ke?”

“tak. Lagi dua hari kan Lisa dapat cuti sebulan,so Fir join la sekali.”

“amboi!! Kita yang cuti dia pon eksited nak join, mana boleh. Abis office macam mana?”

“alah bukannya Fir ambil cuti lama pun . seminggu jew. Saje nak temankan dia ni.” Jawab Firdaus sambil mencuit hidung Lisa.

“owh, eh baru Lisa ingat. Tadi masa balik tak nampak bik pun mana dia?”

“alamak !! fir lupa nak kasi tau lisa la. Tadi daddy call dia kata dia pinjam maid kita untuk selamanya.”

“ha??” jawab Lisa keliru

“maid daddy kene balik negara dia balik sebab ada hal keluarga. So dia ambil la kita punya sebab kita bukannya guna sangat pun.”

“urm, okey.”

“dah la , tidur. Selamat malam sayang.” Ucap firdaus sambil menghadiahkan kucupan di pipi Lisa seperti biasa. Lisa membalas juga.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“assalamualaikum Lisa.” Firdaus memberi salam ketika Lisa baru melangkah masuk kedalam kereta. Seperti biasa mereka bersalaman dan menghadiahkan kucupan masing-masing.

“Fir, kita nak pergi mana ni? Nak balik rumah terus ke?”

“fir tak kesah ,Fir ikut Lisa jew. Hari ini kan Fir jadi Lisa punyer full time driver , so mane je Lisa suruh Fir hantar , Fir hantar punyerrr.” Firdaus menjawab.

“kalau macam tu , jom kita kew kedai komputer , lisa nak beli ink printer la. Kat rumah tu da abis, Lisa nak print kerja sikit. Besok kene hantar , kan besok hari akhir lisa ada kuliah.”

“okey boss ,saya gerak sekarang.”

“hahaha , macam-macam la Fir ni.”

“well ni Firdaus!!.” Firdaus cuba meriakkan dirinya.

“eleh.” Lisa mencebir.

“eh , Lisa da lunch?”

“belum, ingatkan Fir masak kat rumah , sbb tu la Lisa belum makan.” Lisa cuba mempermainkan Firdaus.

“ish , Fir masak? Memang tak la. Hahaha . kalau macam tu nanti lepas beli barang tu kita pegi makan ye?”

“okey.”

“fir buat ape je kat rumah tadi? Bosan tak?”

“haruslah bosan , sebab Lisa tak da. Hahaha . Fir tadi kat rumah kemas rumah , basuh baju , kemas bilik bacaan sebab da teruk sangat la bilik bacaan kita tu.” Firdaus memandang Lisa dengan pandangan yang sinis.

“alamak!! Fir sorry,  malam tadi Lisa lupa nak kemas lepas lisa siap draf kan kerja yang lisa nak print ni.  Kan semalam Lisa sakit kepala.”

“heheh , tak pe Fir saja je nak gurau-gurau nan lisa. Eh kepala lisa tu dah elok? Kalau belum jom kita jumpa doktor.” Cadang firdaus.

“tak payah la Fir , da elok da pown kepala ni.”

Mereka meneruskan perjalanan. Apabila tiba di pusat membeli-belah mereka mencari tempat meletak kereta yang kosong. Mereka berpimpinan masuk ke pusat membeli-belah itu. Tanpa diketahui oleh mereka , mereka sedang diperhatikan oleh Misha dari jarak jauh. Misah tertanya-tanya siapakah jejaka di sebelah lisa itu . mereka kelihatan begitu rapat. Timbul syak di dalam hatinya.

^^^^^^^

Malam ini, langit begitu gelap dan angin sangat kuat. Firdaus mengagak yang malam ini pasti akan hujan. Sebabkan itu dia tidak berlama-lama di balkoni rumah. Dia masuk setelah menghirup udara yang menyamankan di balkoni itu. Ketika di baru menutup pintu ke balkoni kondonya Lisa muncul di belakang Firdaus sambil menghulurkan segelas air.

“Fir ni air, minumlah.”

“thanks.”

“sama-sama, tapi maafla sebab tadi Lisa da minum sikit. Hehe.”

“tak pe Fir tak kesah pon.”

“eh Fir Lisa nak pergi print kerja Lisa dulu lah ye , da malam da ni . takut tak sempat pulak nanti.”

“okey. Nak Fir teman tak?”

“tak payah la. Fir pergi je la tengok bola kesayangan Fir tu. Lisa tak nak kacau.” Lisa menjawab sambil berlalu.

Ketika jam menunjukkan pukul 10 malam. Lisa telahpun siapkan kerjannya , namun Firdaus masih leka menonton televisyen. Lisa mengahampiri Firdaus untuk mengucapkan selamat malam seperti biasa.

 ^^^^^^^^^^

Malam itu, Lisa telah bermimpi yang amat menakutkannya. Dia meronta-ronta meminta pertolongan namun dalam mimpinya tiada sesiapa pun yang membantu dia. Setelah penat bertarung dalam mimpinya itu , tiba-tiba dia terjaga. Mukanya cemas, pernafasannya tidak teratur, air matanya telah pu mengalir, badannya berpeluh, penghawa dingin yang dipasang tidak dapat menampung  cemas di hatinya.

Oleh kerana takut, dia berlari ke bilik Firdaus yang terletak berhadapan dengan biliknya. Tangan dia cuba memulas pintu bilik firdaus tetapi dia tidak bejaya kerana Firdaus mengunci pintu biliknya. Lisa mengetuk pintu bilik itu bertalu-talu sehingga Firdaus terjaga. Firdaus pelik  kenapa Lisa mengetuk pintunya malam-malam begini.

“fir , bagun la fir . bukak pintu ni , Lisa takut ni. Fir!!” lisa cuba untuk memanggil Firdaus dengan keadaan yang tercungap-cungap serta ketakutan.

“Lisa kenapa ni? Muka cemas sangat. Ada perompak ke? Cuba tenang . tarik nafas perlahan-lahan sayang.” Firdaus cuba untuk menenangkan sambil megusap-usap kepala Lisa yang sudah pun mendarat di dadanya.

“Fir lisa takut. Lisa takut sangat, dia nak bunuh Lisa.”

“siapa nak bunuh Lisa ni? Fir tak paham la.”

“dia , dia yang nak bunuh Lisa.”

“dia tu sapa?”

“tak tahu , Lisa tak kenal.” Lisa cuba menerangkan dekat Firdaus keadaan yang sebenarnya dalam keadaan yang teresak-esak.

“ni mesti Lisa mimpikan?” Firdaus cuba menjadikan suasana berubah . dia berharap cara itu akan menenangkan Lisa. Lisa mengangguk.

“ish, dia ni.” Ujar Firdaus sambil mencium dahi Lisa sambil mengusap-usap belakang lisa agar dia menjadi tenang dan tidak berada dalam ketakutan.

“mimpi tu kan mainan tidur , sayang.” Tambah Firdaus.

 “memangla, tapi tadi tu macam betul. Boleh tak malam ni Lisa tidur dengan Firdaus?” Lisa bertanya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipinya.

“as you wish, sayang.” Firdaus mengundur sedikit dan membuat aksi seperti seorang penyambut tetamu hotel menyambut pelangganya datang di hotel tersebut. Lisa geli hati akan sketsa itu.

“thanks.” Ucap Lisa

“tapi sebelum tidur Lisa pergi basuh muka dulu ye, da tak comel da lepas nangis.”  Kata Firdaus  sambil mencubit kedua-dua belah pipi Lisa.

Ketika Lisa keluar daari bilik air, dia melihat yang Firdaus telahpun baring di katilnya. Lisa menganggap yang Firdaus terlalu letih lalu dia membiarkannya. Ketika Lisa baru hendak baring di katil itu, tiba-tiba Firdaus bangun dari tidurnya.Lisa terkejut akan situasi itu, lalu dia terjerit kecil.

“ish Fir ni Lisa ingat da tidur, buat takut orang je  la dia ni.”

“mana ada tadi Fir baring je, mana boleh Fir tidur nanti tuan puteri ni takut. Langsung dia tak dapat tidur sampai pagi nanti.” Firdaus menjawab sambil tergelak.

“okey, Fir janji ye, walau apa yang berlaku malam ni jangan tingalkan Lisa. Tau .” Lisa mengangkat jari kelingkingnya dengan harapan Firdaus akan menyambutnya.

“ye sayang , Fir janji Fir tak akan tinggalkan sayang sampai bila-bila.” Firdaus mengukir janji sambil menyambut jari kelingking Lisa.

“dah , Lisa tidur ye. Meh baring dekat Fir.” Lisa mengikuti permintaan Fir.

“tidur okey. Selamat malam. Baca doa dulu Lisa.” Firdaus menghadiahkan ciuman di dahi Lisa.

Malam itu , lena benar tidur Lisa kerana dia berasa selamat apabile di sisi Firdaus. Pelukan daripada Firdaus memberikan dia sedikit kehangatan dan menghilangkan perasaan takutnya sebentar tadi. Dia bertuah kerana dikurniakan seorang lelaki seperti itu untuknya. Namun dia berasa sedikit kecewa kerana dia masih belum dapat menerima kehadiran Firdaus di hatinya. Tetapi dia tidak menidakkan yang suatu hari nanti pasti Firdaus akan memilikinya kerana  sejak beberapa minggu ini dia dapat merasakan suatu perasaan yang lain apabila berada di sisi Firdaus.

^^^^^^^^^^

Pagi itu Lisa tersedar daripada tidur apabila terasa ada hembusan halus di mukanya . Apabila dia membuka mata, agak terkejut juga dirinya kerana kini dia dan Firdaus sedang menghadap sesama sendiri. Jarak antara Lisa dan Firdaus sangat dekat. Jantung Lisa berdegup laju dan badannya sedikit menggigil. Lisa mengamati setiap inci muka Firdaus , hatinya tenang ketika melihat wajah yang semakin lama hidup di hatinya. Tidak habis-habis Lisa mengucapakan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana Dia memberi Firdaus kepadanya.

Lisa cuba untuk meleraikan pelukan Firdaus yang kuat di badannya apabila dia menyedari waktu subuh semakin hampir, namun dia tidak berdaya kerana pelukan Firdaus amat kemat dan ketat. Lisa cuba untuk mengejutkan Firdaus .

“fir , fir , fir ,bangunlah. Dah subuh dah ni.” Firdaus masih tidak bergerak daripada tadi .

“Firdaus , bangunlah. Dah subuh ni. Lisa nak solat la.” Lisa cuba untuk tegas dengan Firdaus sambil menggoncangkan tubuh sasa Firdaus. Kali ini cara Lisa berhasil kerana Firdaus seakan ingin membuka matanya. Lisa tersenyum kerana Firdaus sedar dari tidur bersama dengan ucapan selamat pagi.

“morning dear. Macam mana tidur malam tadi lena?” tanya firdaus,,

“lena sangat.” Jawab Lisa ringkas.

“fir please angkat tangan fir ni . Lisa nk pegi mandi laa , then nak solat .”

“oopppssss , sorry. Lisa mandi kt sini je la ye?”

“ tak nak la fir, sebab Fir pon kene mandi sekali. Sebab subuh dah nak abis da nih.”

“ala x pe la kite mandi la same-same, baru la best sikit.” Firdaus menjawab sambil mengangkat kening yang bermakna dia tengah mengenakan Lisa.

“ish , Fir jangan nak ngada-ngada  eh. Cepuk kang.” Lisa mencubit lengan Firdaus dan pipi lisa kelihatan kemerah-merahan kerana merasa malu.

“ooo, lisa nk cepuk ye? Fir kiss karang.”

“dah la fir jangan ngada-ngada . da lmbt da ni. Fir pergi mandi tau. Nanti kita solat same-same.”

“okey.” Jawab firdaus ringkas.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

“ alhamdullillah ya allah kau telah memanjangkan umurku, umur isteriku dan umur semua umatmu hari ini. Terima kasih ya allah atas kurnianmu kepada kami . terima kasih kerana memberi kebahagian ini kepada ku. Semoga aku dapat membimbing isteriku ke jalan mu.” Tenang firdaus mengalun doa kepada yang Esa. Terasa sedikit  sedu di hati Lisa akan doa itu

AAAAAArrrrrrrrrrgggggggghhhhhhh!!!!!!!!!

Tiba-tiba terdengar jeritan daripada bilik Lisa.



p/s : sori lme x update . diandra hope sape yang rajin2 bce ni . follow la n coment .. please ,, tq  ^^

3 comments:

  1. ..so sweet of Firdaus .. sangat caring .. kalau la boleh dapat yang macamtu .. mesti best kan??
    teeeheeeee.. diandra next en3 please.. ^^

    ReplyDelete
  2. ceritanya best tapi colour font dengan background ni memeningkan kepala la..hope diandra boleh tukar so senang bagi pembaca :)

    ReplyDelete
  3. luvchronical : tq 4 da advice ,, okey i'll change it ,, tq ,,

    ReplyDelete

-SALAM-
awak, tq terjah blog ANDRA ni..
komen sikit please,,
^^