salam ..
hye sume yg walking2 kat blog ANDRA ni ,,
sile lah tinggalkan jejak ,,
okey??
k ,, luv u..
;-)

28 January 2012

Kau Ada Ke?? (Part-1)

“Weh, apa main rampas-rampas ni?” Luthfia bertanya kepada Zaifullah dengan kasar.

“Sukahati aku lah.” Jawab Zaifullah sambil cuba menarik buku-buku yang di pegang oleh Luthfia.

“Tak payah lah. Kan aku dah bawak buku ni. Kau tak payah lah nak sibuk. Pergi la masuk kelas.”

“Tak nak la. Biar aku je yang bawak. Kau  yang penyibuk sebenarnya  Cikgu Atika minta aku yang bawa tapi kau pulak yang sibuk.” Jawab Zaifullah tidak mahu kalah sambil tangannya cuba untuk merampas buku-buku  yang di pegang Luthfia.

“Dah kau yang lambat bangun. Aku bangunlah dulu tadi.” Ringkas jawapnya sambil melajukan langkah ke bilik guru.

“Ah! Tak kira aku nak juga bawa buku ini. Bagi la cepat dekat aku.” Zaifullah masih tidak mahu kalah dengan Luthfia.

              Beberapa orang pelajar yang lalu di koridor bilik guru itu tersenyum sinis melihat gelagat mereka berdua. Kalau dalam masa satu jam tidak bertengkar konfirm la mereka tu kena sawan masa tu atau masing-masing punya kotak suara dah hilang dan segala anggota badan dah tak berfungsi. Hahahahha  . Itulah Luthfia Zahara dan Afifi Zaifullah. Ada sahaja perkara yang ingin di gaduhkan. Musuh tradisi lah katakan. Walaupun sebenarnya mereka telah kenal sejak kecil dan ibu bapa mereka juga rapat antara satu sama lain. Satu sekolah tahu akan `peperangan’ mereka. Sebab tu lah warga sekolah kesayangan mereka ini sudah tidak kisah apabila melihat adengan `Perang Dunia Ke-18’ mereka ni. Heee ..

“Ya Allah! Budak-budak bertuah ni. Cikgu dah lama sampai kat dalam bilik guru ni, kamu berdua masih berebut-rebut pasal buku tu? Dah biar cikgu bawa sendiri je buku ni.” Cikgu Atika mengambil buku-bukunya dari tangan Luthfia.

Haaa! Kan dah kene sound free-free je dengan Cikgu Atika. Padan muka..

“Kamu berdua ni kan, dalam masa satu jam kalau tak bergaduh memang tak boleh kan? Ada saja benda yang kamu nak berebutkan. Masing-masing nak tunjuk kehebatan diri. Dari kamu berdua tingkatan satu sampai sekarang dah nak habis sekolah dah tak juga kamu berdua ni berubah. Cikgu tak tahu lah apa nak cakap lagi dengan kamu ni.” Cikgu Atika memberi nasihat `Free’ kepada mereka berdua.

“Nasiblah dekat Malaysia ni masih ada undang-undang  kalau tidak memang cikgu nak je kahwinkan kamu berdua ni. Pening tau kepala cikgu bila tengok kamu berdua ni berebut hari-hari. Dah lah kamu berdua boleh balik ke kelas.” Luthfia dan Zaifullah membuat muka tidak bersalah.
Tak serik-serik betul lah budak dua orang nih..

“Ni semua kau punya pasal lah ni kan cikgu dah marah kita lagi. Asal aku dengan kau je aku kene marah. Kau ni bawa musibah betul lah kat dalam hidup aku.” Kata Luthfia sambil membesarkan matanya kepada Zaifullah.

`Eleh, ingat dia besarkan bijik mata dia tu aku takut dengan dia?’ omel Zaifullah dalam hati.

“Eh! Apsal pula salah aku? Kau yang sibuk-sibuk nak bawa buku tu tadi kenapa? Kau pun tahu kan buku tu tadi sepatutunya aku yang bawa sebab Cikgu Atiqa suruh aku yang bawa bukan kau lah burung belatuk.” Zaifullah membalas sambil ketawa lucu.

‘Amboi! Suka-suki dia je nak panggil aku brurng belatuk, aku tau la hidung aku mancung. Tapi aku rasa macam tak masuk je nama tu dengan hidung aku. Aihhhh lantak lah.’ Luthfia bercakap dalam hati.

“Dah kau bangun dari kerusi tu lambat sangat siapa suruh? Apa kat kerusi tu ada gam ke sampai kau lambat sangat bangun? Dan suka-suka nenek jiran pak cik jaga kat pagar sekolah tu je kan kau nak panggil aku burung belatuk. Kau tu tenuk kau tau tak? Meh aku tolong eja, T E N U K !!” Eja Luthfia dengan kuat dan dia terus berlalu dari situ.
       
          Zaifullah yang bengang dengan Luthfia tu bertindak pantas dengan menarik hujung tudung Luthfia daripada belakang.

“Woi tenuk! Yang kau tarik-tarik tudung aku ni apahal ha? Dah tak ada kerja dah? Kalau tak ada aku boleh  je mintak tolong mak cik cleaner tuh ajak kau teman dia cuci tandas hari-hari, nak?” kata Luthfia sambil membesarkan lagi mata dia.

“Ala, baru tarik sikit dah nak bising-bising. Asal bising-bising je mesti nak besarkan mata,tau la mata awak tu cantik Cik Ara oiii. Tapi maafla saya tak tertarik pun dengan mata awak yang besar macam burung hantu tu.”  Zaifullah buat muka tak heran.

“Kurang ajar kau. Dah lah tepi aku nak lalu.” Luthfia berlalu sambil melagakan bahunya dengan bahu Zaifullah. Tetapi tanpa dia sangka tolakkan dia tu kuat hingga membuat pipi Zaifullah bergesel dengan dinding bangunan itu. Luka pipi Zaifullah.

Aduhh,, mati lah aku. Kuat la pulak aku tolak.’ Luthfia berkata kepada dirinya sendiri.

“Ish, maaf-maaf. Aku tak sengaja, aku ingat biase je. Meh sini aku nak tengok sikit pipi kau tu.” Zaifullah memusingkan kepalanya agar Luthfia dapat melihat pipinya itu.

“Eh! Teruk ni. Jom aku bawa kau pergi bilik kesihatan, aku bersihkan luka kau ni.” Luthfia menarik tali leher Zaifullah agar dia mengikuti langkah Luthfia.

******************
“Assalammualaikum, Cikgu Imran.” Luthfia memberi salam.

“Waalaikumussalam, ye Luthfia. Apa yang boleh saya bantu awak?” tanya Cikgu Imran.

“ Tak ada apa-apa. Saya Cuma nak guna bilik ni sekejap boleh? Saya nak ubatkan pipi Zaif ni cikgu Im.”

“Oh, boleh je. Tapi kenapa dengan pipi dia tu Fia?”

“ Saya terrrrr....” belum sempat Luthfia habis besuara Zaifullah dah tolong jawab dah.

“Pipi saya ter`kiss’ dinding tadi cikgu.” Zaifullah membantu Luthfia menjawab.

“Hahahhaaha, saya ingatkan tadi kamu gaduh dengan Fia. Kamu kan kalau tak gaduh tak sah. Heehee. Kalau macam tu, nanti Fia jangan lupa ya tutup pintu dan kipas macam biasa.” Pesan Cikgu Imran sambil ingin beredar dari bilik kesihatan itu.

“Baik cikgu Im.” Luthfia menjawab bersama anggukkan .

“Eh, kamu berdua bukan ada kelas dengan saya ke sekarang?” Cikgu Imran memusingkan badannya kembali ke arah mereka.

“Ye la cikgu. Kelas dengan cikgu. Kejap lagi kami masuk, tapi biar saya ubatkan dulu pipi anak mak ni dulu cikgu. Nanti takut dia balik mengadu kat mak pulak. Susah kita nanti.” Luthfia menjawab sambil tersenyum sinis kepada Zaifullah.

“Ada-ada je kamu ni Fia. Ye lha tapi jangan lambat sangat. Nanti macam-macam kamu terlepas. Saya pergi dulu.”

******************

“Kau duduk diam-diam  boleh tak? Kau tak nampak ape aku tengah buat ni?” Luthfia membebel sambil menekan kuat-kuat pipi Zaifullah dengan kapas .

“Wey! Ara jangan lah kuat-kuat. Sakit kau tau tak?” Zaifullah mengerang kesakitan.

“Saja je aku tekak kuat-kuat, aku nak tengok kau ni sakit betul ke sakit tipu.” Luthfia menjawab sambil meneruskan tugasnya dengan cekap.
          
              Luthfia sememangnya arif akan hal yang berkaitan dengan pertolongan cemas kerana dia merupakan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah itu. Tidak hairan la jika dia mahir kerana apa guna jadi pengerusi persatuan itu  jika tidak tahu mengendalikan hal-hal kecemasan.

“Okey dah siap. Aku naik dulu, aku tak nak lambat. Nanti kau jangan lupa buat apa yang cikgu cakap tadi tau. Aku naik dulu.” Luthfia menyimpan semula bekas First aid di tempat asal dan terus berlalu ke kelas.

**************************

Di kelas 5 Mahkota.

“Eh! Fia sorang je? Mana Zaif?” Tanya Cikgu Imran ketika Luthfia tiba di kelas itu.

“Ala, macam la cikgu tak tau anak mak tu kan memang lambat sikit. Kalau boleh semua benda dia nak buat lambat.” Pada waktu itu Zaifullah baru sahaja tiba di muka pintu, terus Luthfia menjeling Zaifullah.

“Apa-apa aja lah Fia. Baiklah kelas, hari ni saya nak kamu semua buka buku rujukan kamu dan baca bab 2. Saya beri kamu masa 15 minit untuk memahami secara kasar tajuk itu. Sekejap lagi saya akan terangkan dengan lebih mendalam.” Cikgu Imran memberi arahan kepada pelajarnya sambil tangannya membelek telefon. Ni mesti tunggu mesej dari `gula-gula hati’ la ni. Ye la orang baru kahwinkan? Untunglah orang ada `gula-gula hati’. Heee.

“Fia, tadi kenapa kau masuk lambat dan kenapa dengan pipi tenuk tu?” Intan sahabat baik Maisara bertanya.

“Macam biasa lah tadi `Perang’ tercetus lagi, depan Cikgu Atika pula tu. Kau tau tak, tadi dia siap bagi ceramah Free’ tanpa cas kat kitorang. Cikgu Atika cakap jugak kalau Malaysia ni tak  ada undang-undang  dia nak aja kawinkan aku dengan Si Tenuk  tuh. Memang idea giler lha cikgu tu...dan BLA BLA BLA...” Luthfia menerangkan dengan panjang lebar kepada teman baiknya itu. Tanpa dia sedari, Cikgu Imran memerhatikan tingkah-laku mereka.

“Luthfia Zahara binti Zulkifli, saya cikgu Imran Bin Haris guru chemistry awak, minta awak baca bab 2 buku rujukan Chemistry, bukan buka cafe Starbuck dan cerita pasal `perang’ kamu yang tak adalah tragis mana.” Sinis sindiran Cikgu Imran kepada Luthfia. Terus Luthfia menutup mulutnya dari berbicara. Dia menoleh  ke arah Zaifullah dia nampak Zaifullah tersenyum puas.

‘Gelak ye tenuk, tak pe nanti kau tengok la ape jadi dengan nasib kau.’  Luthfia memasang niat jahat untuk kenakan ‘Sahabat Baiknya’ itu.

“Emm, baiklah kelas saya baru dapat panggilan dari pihak pengurusan yang sebentar lagi kamu akan ada seorang guru ganti baru.” Tiba-tiba cikgu Imran bersuara memecahkan kesunyian yang melanda sebentar tadi.

“Ha? Ye ke cikgu? Girl ke boy?” Zaifullah bersuara gatal.

“Maaf cikgu, Fia rasa cikgu tak perlu jawab lah soalan tenuk ni. Kita jadikan jantina tu surprise ye?” usul Zahara

“Macam-macam lah kamu ni Luthfia, kejap anak mak sekejap lagi  tenuk. Naik kesian cikgu tengok budak tu. Ye la cikgu tak cakap jantina  dia.” Jawabnya sambil tersenyum manis.

“Yes! Cikgu Imran ikut cakap Fia. Ni yang buat Fia nak master kan subjek cikgu ni. Heee.” Keluar terus senyum kambing Luthfia. Sempat bodek lagi tu. Ish Luthfia, Luthfia...

“Wey, burung belatuk kau diam boleh tak? Yang kau nak bising-bising ni apa pasal?” tanya Zaifullah sambil tunjuk riak muka yang boleh buat Cik Writter ni nak baling je dia dengan kerusi. Heee.

“Eh, kau jangan nak cari paaaa.....” belum sempat Luthfia menghabiskan ayatnya Cikgu Imran dah potong awal-awal dah. Ye la takut dari ‘Perang Dunia ke-18’ nanti jadi ‘Perang Dunia Ke-100’ pulak.

“Afifi Zaifullah Bin Amran dan Luthfia Zahara Bin Zulkifli, boleh tak dalam satu jam kamu berdua ni tak bertekak? Yang kamu ni Zaif tak cukup-cukup lagi dengan pipi kamu tu bila kene kiss dengan dinding tadi? Nasib la Malaysia ni ada undang-undang, kalau tidak dah memang jadi laki bini dah kamu dua orang ni.” Ceramah free dari Cikgu Imran membuatkan semua pelajar  5 Mahkota tersenyum simpul. Amboi!! Baru form 5 dah senyum gatal bila sebut pasal kahwin.

‘Eh, apa pasal ayat Cikgu Im dengan Cikgu Atika sama ni? Ke memang diorang ni suka aku kahwin dengan tenuk tu? Ish, simpang malaikan 44.’ Luthfia mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Cikgu, Fia ni perempuan la cikgu bukan lelaki. Cikgu salah sebut tadi tu, bukan BIN tapi BINTI lah cikgu.” Salah seorang pelajar kelas itu membetulkan apa yang Cikgu Imran salah tadi. Semuanya dah tergelak termasuklah cikgu.

“Dan Cikgu, biarlah mereka ni gaduh. Kalau tak sunyi la kelas ni. At least happening sikit.”  Iwan, sahabat kedua Luthfia sambung bersuara.

“Banyak la kamu punya happening Iwan, Cikgu yang pening adalah.” Jawab Cikgu Imran sambil memicit kepalanya. Dari kelas tu riuh terus jadi terlalu riuh bila Cikgu Imran buat aksi sempoinya itu.

“Assalamualaikum.” Seorang gadis cantik memberi salam di muka pintu kelas mereka. Semua mata pelajar tertumpu ke arah gadis itu.

“Waalaikumussalam. Oh kamu lah Cikgu baru tu kan? Sila masuk. Mari saya perkenalkan kamu kepada semua. Tapi sebelum itu, saya Cikgu Imran. Kamu akan menggantikan saya nanti.” Cikgu Imran menyambut baik kehadiran guru baru itu.

“Baiklah kelas, inilah guru baru yang saya cakap tadi. Macam mana okey tak?” Tanya Cikgu Imran sambil membuat `double jerk’ ke arah anak-anak muridnya. Tersenyum malu guru baru itu.

“Cikgu terbaeeeekkk.” Zaifullah menyelit tiba-tiba. Terus cikgu Imran membesarkan bola matanya. Terkedu sekejap Zaifullah. Baru kau tau Zaif yang London tu jauh jugak dari Malaysia ni. Hahaha. Apahal tiba-tiba.

“Erm, Cikgu anak-anak murid saya ni memang macam ni. Saya harap Cikgu boleh lah bersabar dengan perangai mereka ye? Saya cuti tak lama pun tiga bulan saja.” Cikgu Imran menerangkan perangai pelajarnya kepada cikgu baru itu.

“Wow! Cikgu lamanya cuti. Ni cikgu ‘honeymoon’ ke cikgu pergi kat ‘moon’ or cikgu cuti sebab nak main game ‘harvest moon’ kt PS?” Sekali lagi Zaifullah terdiam apabila Cikgu Imran membesarkan matanya untuk kali yang ke-2 apabila Zaifullah bertanya soalan yang tak sepatutnya. Haaa! Kan lagi sekali dah kena. Kali ni baru kau tahu Port Dickson dengan Seremban tu tak adalah jauh mana.

“Ha! Cikgu kan saya dah cakap, mereka ni perangai entah apa-apa. Saya rasa elok Cikgu perkenalkan diri cikgu kepada mereka.” Pinta Cikgu Imran.

“Ehem..ehem.. test suara.....” cikgu baru itu memulakan percakapannya dengan sedikit lawak. Owh, lawak jugak cikgu baru ni ek? Heee

“Baiklah, saya Cikgu Liyana. Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Yana. Saya berumur 24 tahun. Ini pengalaman kedua saya sebagai seorang guru ganti.” Terang cikgu manis itu.

“Cikgu, cikgu dah kahwin  ke?” salah seorang pelaajr dalam kelas itu bertanya.

“Belum.” Apabila cikgu Liyana berkata begitu, semua pelajar lelaki dalam kelas itu tersenyum gembira.

“Teatapi saya sudah bertunang.” Cikgu Liyana menghabiskan ayatnya dengan sebuah senyuman manis. Semua muka yang tersenyum puas tadi berubah menjadi monyok bila cikgu Liyana cakap dia sudah bertunang.

“Sudah-sudah. Tak payah kamu semua nak buat muka macam tu. Sekolah tak habis lagi dah nak fikir macam-macam ye. Belajar pannnn......” Belum sempat Cikgu Imran menghabiskan ayatnya loceng menandakan waktu pembelajaran di sekolah itu tamat telah berbunyi.

“Baiklah, loceng pun dah berbunyi. Saya harap kamu belaajr betul-betul dengan cikgu yana ni ye. Jangan buli dia. Baiklah kelas jumpa lagi tiga bulan dan petang ni kamu jangan lupa kamu ada latihan merentas desa.” Pesan Cikgu Imran.
        
             Ketika semua pelajar berebut-rebut keluar dari kelas, Intan sempat bertanya  kepada Luthfia apa rancangan jahat yang dia nak buat dekat Zaifullah nanti. Luthfia hanya membuat muka sambil mengangkat kening ‘double jerk’ kepada Intan lalu beredar dari situ.

‘habislah kau Afif, tak lama lagi sure kau tahu siapa yang kuat antara kita berdua.’ Luthfia bemonolog sendiri.

*******************

“Amboi! Awak jauh termenung , ingat apa tu?” seorang wanita bertanya sambil menatang sebuah dulang berisi air ke arah halaman rumah.

“Tak ada apa-apa, cuma tengah ingat balik zaman-zaman  sekolah dulu. Kelakar sangat, macam-macam la cerita ada.” Jawab lelaki itu sambil ketawa kecil.

“Ni mesti awak tengah ingat kes dekat track merentas desa tu kan? Ish benci lah dengan awak nih.” Wanita itu menarik muka dan mukanya juga kemerahan mungkin menahan malu. Lelaki tadi lagi kuat tawanya bila melihat wajah wanita itu telah kemerahan.

“Ala, tak payah nak malu sangat la kan? Dah memang waktu tu muka awak kelakar gilerr macam time tu saya cedera parah sangat. Hahahahah.” Makin galak gelak lelaki itu.

“Awwaaakkkk!!” Wanita itu menjerit sedikit sambil tanganya mencubit pinggang lelaki itu.

“Ouccchh! Sakitlah awak, tangan tu kalau tak jadi tangan ketam yang cuba nak ajar anak dia berjalan tapi dia pun jalan tak betul boleh tak??? Sakit tahu...” Lelaki itu mengerang sambil menggosok-gosok pinggangnya yang baru dicubit. Amboi! Nak tujukan dekat ketam aja sebenarnya tapi ayat tu tak payah lah panjang macam tu sangat kan??. Hahahaha.

“Padan muka!” ringkas jawapan wanita itu sambil tersenyum puas.


++++++++++++++++++++

P/S:
+ sila abaikan LINE HITAM ni. ada masalah teknikal sedikit semasa menaip..
+ sila tinggalkan komen tentang cerpen ini.
+ sila kutuk sebab Andra tahu cerpen ini tak semantap cerpen2 penulis2 lain.
+ maaf ini cubaan pertama Andra.
+ Andra tahu Andra buang masa kamu baca cerpen yang tak da kualiti ni.
+ SILA KOMEN YE KAWAN-KAWAN..
+ ANDRA sayang kamu semueeeee...!!!!!!!!!!!

12 January 2012

kenapa??

aku pernah kecewa tidak lama dahulu..
tetapi masa yang membuatkan aku bangkit semula..
selepas itu, aku cuba elakkan diri untuk jatuh hati
kepada orang lain..

tetapi, hal berkaitan hati ini memang x boleh dikawal..
aku telah pun jatuh hati..
tapi untuk aku tidak sakit hati untuk kesekian kali..
aku cuba elakkan rasa ini..

tapi rasa ini x pergi jauh mana pun..
ia tetap ada dalam hati aku..
tambahan pula, aku melihatnya setiap hari..
lagi lah rasa sayang itu semakin kuat..

pelbagai cara yang aku cuba lakukan
untuk hilangkan rasa ini..
tetapi tidak berjaya..
urmmmm..

sampailah satu hari ni..
aku ternampak status yang dia sudah berpunya..
pada masa itu aku memang sedih sangat..
tapi dalam hati aku pelik..

sebab..

kenapa aku perlu menangis??
sedangkan memang ini yang aku mahukan..
iaitu cuba halang dari terlampau jatuh hati padanya..
adakah ini bermakna aku memang sayang kan dia??

entah la.. hati aku tidak dapat menjawab soalan itu..

aku ingat bila dia dah berpunya..
aku dapat lupakan dia.. 
tapi tidakk..
aku menangis hari-hari..

hinggalah satu hari tu..
ada orang yang berikan aku kata-kata perangsang..
untuk aku lupakan segala apa yang aku rasa...
alhamdulillah aku semakin okey..

aku cuba untuk sibukkan diri aku dengan pelbagai perkara..
ini salah satu cara untuk hilangkan rasa ini..
aku cuba untuk tidak stalk profile dia lagi..
aku cuba untuk tidak stalk profile buah hatinya lagi..

Akhirnya aku berjaya lupakan dia sedikit demi sedikit..

~ ini apa yang ANDRA rasa jatuh hati untuk kali pertama selepas YANG PERTAMA dahulu~

tetapi ketika dalam proses melupakan dia..
sekali lagi aku jatuh hati kepada orang lain..
kali ini aku memang dah cuba untuk nafikan rasa ini..
tetapi aku tahu aku tidak boleh..

nak tahu kenapa aku cuba elak lagi sekali??
sebab kali ini dia dah berpunya sebelum aku kenal dia lagi..
aku tak nak persahabatan aku dan dia goyah...
dan aku tidak mahu sakitkan hati buah hatinya

kerana aku masih waras..
aku tidak akan sakitkan hati seorang gadis..
sebab aku tahu sakitnya macam mana..
aku tidak sekejam itu..

nasib lah aku tidak perlu bertemu dia hari-hari seperti yang dulu..
tapi rasa ini semakin banyak..
walaupun hakikatnya aku terlalu jarang jumpa dia..
waima berbual..

sehingga sekarang aku masih merasai..
aku akan cuba buang rasa ini..
aku akan cuba..
aku tahu aku bolehh..

~ ini yang ANDRA rasa selepas ANDRA cuba lupakan YANG KEDUA~






masalah hati yang rumit..

*SALAM*

memang susah jika kita ada masalah dgn hati..
ramai org yg ad penyakit nih..
>>eh , eh .. sebelum salah fhm,, en3 nih bkn pasal kesihatan<<
andra x terkecuali dlm masalah ni..
andra x tahu la..
knp boleh jd cm ni..
errr.. minta2 lah Andra dapat settle kan hal ni..

kadang-kadang kite tidak sedar yg pintu hati kite ni
kite buka untuk seseorang yg kite x tau samada dia 
suka atau tidak dengan kita..
pintu ni mmg jenis automatik lah..
tau-tau je kita dah jatuh hati dgn die..

dan apabila kita sedar pintu ni dh terbuka..
pasti ad kita akan cuba untuk tutupkn semula kan??
sebab tak nak ada orang yg kecewa or sakit hati
apabila tahu pintu tu dh terbuka..
tp percayalah..
yg pintu tu mmg x akan tertutup semule
kecuali kite dh buka pintu yg lain..

apabila pintu yg baru telah di buka..
secara automatik juga pintu yg pertama tadi akan
ditutup secara perlahan-perlahan..
namun ia tidak akan tertutup dengan pantas..
ia akan mengambil masa yg panjang..

tetapi apabila kita sedar pintu yg pertama
sudah semakin tertutup pasti kita juga sedar
yg kita telah buka pintu kedua kan??
tetapi sayang sekali lagi..
jika ada orang masuk ke dalam pintu kedua itu..
pasti akan menyusahkan ramai orang..
so, untuk elak ramai orang susah..

pasti kita akan cuba sedaya upaya untuk tutup kan??
tp percayalah pintu itu tidak akan tutup dengan mudah..
sebagaimana pintu pertama tadi..
kerana pastinya kite labih sayang akan pintu kedue..
sebab jika kita sayang pintu yang pertama..
tak mungkin akan wujud pintu yg kedue..
itu bermakna.. sayang untuk pintu kedua lebih banyak..
tapi nak buat macam mana..
banyak halangan akan muncul 
if kita benarkan orang masuk dlm pintu kedue itu..

Andra x nk buat orang susah, sakit hati dan benci Andra..
jadi Andra mmg akan cuba jauhkan pintu-pintu Andra ni dari tuan-tuan nya..
Andra harap pintu-pintu ini akan tutup dengan sendirinya..
tetapi, akan buka semula apabila tiba masanya..

Andra dh penat nangis..
Andra dh penat mencari..
Andra dah penat mengelak..
Andra dah penat .. penat .. dan penat..



Andra dh byk kali elakkan diri dari memberi harapan kpd org..
kdg kala,.. andra dah cuba jauhkan diri
tetapi mereka yg minta andra untuk buka pintu hati..
tetapi Andra x buka..
namun apabila hari2 andra bertemu mereka..
pintu itu terbuka sendiri..
apabila andra sedar.. lagilah andra jauhkan diri dari mereka..
andra tidak mahu mereka tahu kerana ..
nanti mereka pasti memaksa andra buka pintu ini betul2 dan 
cuba memekakkan telinga dengan
cakap orang..

ohh tidakk..
Andra bukan org yg pentingkan diri..
Andra lebih rela menangis daripada orang lain menangis
di sebabkan andra..

prinsip hidup andra..
biar andra jaga hati orang..
asalkan orang itu bahagia..
biar andra susah, biar andra payah..
asalkan orang sekeliling andra tidak susah dan tidak payah..
biar andra menangis, biar andra merintih..
asalkan orang sekeliling andra tidak menangis dan tidak merintih..
biar andra kehilangan orang yang andra sayang..
asalkan orang sekeliling andra tidak hilang orang yang mereka sayang..




Dah lama Andra x buat en3 kan??
hurmm bukan apa.. Andra terlalu bz hee..
bz dgn masalah ..